Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
slide_5a0e47228651b.jpg
slide_5a09169367903.jpg
slide_5a091524c1b51.jpg
slide_59c8c0a5883e0.jpg
slide_59ba1f21b8326.jpg
 

Kemaskini Pada: 19 Nov 2017
Versi 8.0.2c
Soalan-Soalan LazimSoalan-Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang selalu dikemukakan oleh orang awam, sekiranya pertanyaan anda tidak terjawab di bawah, sila hubungi kami melalui telefon nombor 082-442264 / 082-442286 /082443136.
1. Apakah jenis acara atau aktiviti yang pernah diadakan di venue di PSS?

Antara jenis acara yang pernah diadakan di PSS adalah acara sukan, hari keluarga, konsert, pameran, karnival jualan, ekspo jualan, kursus & seminar latihan, pertandingan bolasepak, aktiviti dan pertandingan permotoran serta  banyak lagi.

2. Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan di PSS?

Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah padang bola sepak, trek (olahraga), arena tertutup, hoki astroturf, gelanggang boling padang, gelanggang gasing, gelanggang ekstreme dll. Selain itu terdapat juga kemudahan par course bersebelahan Stadium Perpaduan untuk kegunaan umum. Kemudahan lain seperti kawasan bagi aktiviti permotoran sementara, dewan gimnastik, mini gymnasium dan kawasan letak kereta yang luas bagi tujuan aktiviti karnival, pameran dan sebagainya.

3. Bagaimanakah caranya untuk saya membuat tempahan bagi menggunakan venue di PSS?

Tempahan Venue boleh dilakukan dengan mengisi borang tempahan venue dengan hadir ke pejabat Unit Promosi dan Pemasaran, Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) di Stadium Perpaduan atau muat turun borang tempahan di laman web PSS atau menerusi telefon di talian 082-442264/442286/443136.

4. Berapakah kadar sewa yang dikenakan oleh pihak pengurusan untuk menggunakan venue dan kemudahan di PSS?

Kadar sewa yang dikenakan berbeza mengikut jenis acara yang akan diadakan. Untuk maklumat yang lebih lanjut berhubung dengan kadar sewa penggunaan venue dan peralatan hendaklah berhubung terus dengan pejabat Unit Promosi dan Pemasaran di talian 082-442264/442286/443136.