Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 30 Mei 2017
Versi 8.0.2
Pertandingan Amalan Zon 5S TerbaikPertandingan Amalan Zon 5S Terbaik

PERTANDINGAN AMALAN ZON 5S TERBAIK

 

1.0         Latar belakang

 Garis panduan ini adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada zon (berdasarkan zon 5S) yang telah berusaha untuk meningkatkan amalan 5S dan urus tadbir yang baik dan cemerlang. Semua zon adalah wajib menyertai pertandingan ini.

 2.0         Objektif

 Objektif Pertandingan Amalan Zon 5S Terbaik adalah untuk :-

a)    Memberi pengiktirafan kepada zon yang mempunyai prestasi yang cemerlang dan sentiasa berusaha ke arah meningkatkan kualiti pengamalan 5S dan perkhidmatan

b)    Menggalak kerjasama dan membentuk budaya saling membantu secara berterusan di kalangan pegawai dan kakitangan bagi mewujudkan dan mengekalkan suasana tempat bertugas yang bermaklumat, bersih, kemas, teratur dan mesra pelanggan.

c)    Menggalakkan persaingan sihat di antara zon ke arah penambahbaikan yang berterusan dalam amalan pengurusan kualiti dan urus tadbir 5S yang baik.

 3.0          Kriteria-kriteria Pertandingan

 Kriteria-kriteria pertandingan adalah sama dengan kriteria-kriteria audit 5S.

 4.0          Syarat-syarat Penyertaan

Penyertaan adalah secara automatik untuk semua zon 5S.

 5.0        Penghakiman

 Pertandingan ini akan dinilai oleh JK Audit 5S yang telah dilantik. Pemarkahan akan dinilai berdasarkan 3 kali proses audit (2 kali audit dalam dan 1 kali dari Pra Audit oleh MPC). JK Audit akan mengadakan pengauditan ke setiap zon pada satu tarikh yang telah ditetapkan dalam carta perbatuan utama 5S. Keputusan pertandingan adalah muktamad.

 6.0         Hadiah Pertandingan

 Hadiah hanya akan disediakan bagi zon yang mencapai markah tertinggi. Hadiah adalah berupa Piala  serta Sijil Penghargaan kepada zon berkenaan.