Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
slide_5a0e47228651b.jpg
slide_5a09169367903.jpg
slide_5a091524c1b51.jpg
slide_59c8c0a5883e0.jpg
slide_59ba1f21b8326.jpg
 

Kemaskini Pada: 19 Nov 2017
Versi 8.0.2c
Pertandingan Inovasi Dan Kreativiti QE/5SPertandingan Inovasi Dan Kreativiti QE/5S

Jawatankuasa Promosi mempelawa semua zon 5S PSNS untuk menyertai Pertandingan Inovasi dan Kreativiti QE/5S PSNS. Setiap zon diminta untuk menyumbangkan idea inovasi dan kreativiti kepada PSNS/Bahagian/Unit untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan jabatan.

1.         DEFINISI INOVASI

Inovasi ialah satu kaedah untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

 2.         DEFINISI KREATIVITI

Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Ia melibatkan:

  • Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik
  • Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian
  • Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi

Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan secara mudah bahawa inovasi sebagai:

  • Penghasilan baru
  • Berdasarkan proses penyusunan semula
  • Menggunakan unsur yang sedia ada
  • Penghasilan sesuatu yang unik, mudah dan bernilai

3.         OBJEKTIF

Pertandingan Idea Inovasi dan Kreativiti QE/5S PSNS diwujudkan bertujuan untuk:

a)    Memberi pengiktirafan secara formal kepada kumpulan zon 5S yang mengemukakan cadangan idea inovasi untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan Jabatan;

b)    Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara kerja yang diamalkan oleh warga.

c)    Menyumbang kepada peningkatan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

4.         HADIAH

a)    Pemenang-pemenang Idea Inovasi dan kreativiti akan menerima hadiah-hadiah seperti berikut ;

  • Tempat Pertama (Anugerah Emas)       :           Hadiah Wang Tunai & Sijil Penghargaan
  • Tempat Kedua (Anugerah Perak)           :           Hadiah Wang Tunai & Sijil Penghargaan
  • Tempat Ketiga (Anugerah Gangsa)        :           Hadiah Wang Tunai & Sijil Penghargaan
  • Tempat Keempat hingga keenam           :           Sijil Penghargaan

5.         SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

 a)    Terbuka kepada semua kumpulan zon 5S, PSNS. Borang penyertaan boleh diperolehi dari sekretariat pertandingan. Adalah digalakkan semua kumpulan zon 5S menghantar sekurang-kurangnya 1 penyertaan.

b)    Setiap kumpulan boleh menghantar tidak melebihi daripada 3 penyertaan. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap diisi dengan butiran kumpulan.

c)    Setiap cadangan idea inovasi dan kreativiti yang dikemukakan oleh kumpulan zon 5S dapat direalisasikan pelaksanaannya oleh PSNS/Bahagian/Unit.

d)    Kumpulan zon 5S yang memenangi tempat pertama Idea Inovasi dan Kreativiti akan dihantar untuk mewakili PSNS ke pertandingan QE/5S peringkat zon Sabah/Sarawak 2014.

e)    Semua borang penyertaan hendaklah sampai kepada sekretariat pertandingan selewat-lewatnya pada 20 Januari 2014 (Isnin) sebelum jam 5 petang.

6.         KAEDAH PENGHAKIMAN

a)    Cadangan idea inovasi dan kreativiti yang dikemukakan oleh kumpulan zon 5S akan dinilai oleh penilai pertama untuk disenarai pendek. Kumpulan yang layak untuk peringkat akhir akan diminta untuk membuat pembentangan bagi menentukan pemenang.

b)    Panel hakim yang dilantik akan menilai semua projek yang dipertandingkan. Panel hakim akan menilai semua penyertaan yang disenarai pendek dan penentuan pemenang bagi setiap kategori.